
26 – 27 Jun 2022 – JBPM Sabah telah mengadakan Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) bersempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat JBPM Sabah yang diadakan selama dua(2) hari bertempat di Ibu Pejabat JBPM Sabah. Sebanyak 12 Kumpulan bertanding bagi kategori KIK dan 8 Kumpulan telah bertanding bagi Kategori Inovasi melibatkan penyertaan daripada Pegawai dan Anggota dari seluruh Sabah.
Semua pasukan yang bertanding telah dinilai oleh para juri terdiri daripada MAMPU Sabah Cik Martini binti Muhammad, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Pn Asmah binti Khalid dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pn Lee Wan Swanee.
Berikut adalah keputusan pertandingan KIK mengikut Kategori :-
Kedudukan | Nama Kumpulan | Projek |
Tempat Pertama | Bravo Kinabatangan | Multipurpose Hydrant Scoup |
Tempat Kedua | Shark | Water Rescue Harness |
Tempat Ketiga | Zon Keningau | e-zon Direktori 2.0 |
Kategori KIK
Kedudukan | Nama Kumpulan | Projek |
Tempat Pertama | Speed | Multipurpose Fireman Belt (MFB) |
Tempat Kedua | Umbrella | Squatter Pipe Adapter |
Tempat Ketiga | Hold | Multi Cardiaodapter |
Kategori Inovasi
Jabatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kumpulan yang telah mempersembahkan pelbagai Inovasi yang telah banyak membantu pegawai dan anggota mempermudahkan proses kerja berasaskan teknologi dan perkakasan yang dipelbagai guna. Tahniah anda semua hebat!



