
5 Disember 2024 PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Sabah dan rombongan telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah(SUPS) bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Ketibaan YS Pengarah dan rombongan diraikan YBhg. Dato’ Seri Hj. Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah dan pegawai-pegawai kanan Pejabat SUPS.
Dikesempatan ini, YBhg. Dato Seri Hj. Rosli turut diberikan taklimat ringkas terhadap kesiapsiagaan Bomba menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) khususnya di negeri Sabah.
Kunjung hormat ini merupakan kunjungan yang pertama YS Tuan Jainal @ Zainal selepas dilantik sebagai Pengarah Bomba Sabah sejak 2 Disember 2024 lalu.

