
3 Disember 2024 YS PKPjB Tuan Jainal @ Zainal Bin Madasin, telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang baharu menggantikan YS TPjB Abdul Razak bin Muda yang dinaikkan pangkat ke jawatan Gred Utama C sebagai Pengarah Bahagian Latihan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Tuan Jainal @ Zainal yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan merupakan anak jati Sabah berpengalaman luas dalam bidang kebombaan dan penyelamatan dan dan turut pernah menjawat jawatan Pengarah JBPM Labuan.
JBPM Sabah berbesar hati mengalu-alukan kehadiran YS Tuan Jainal @ Zainal selaku Pengarah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dan bersiap sedia menjalankan tugas dibawah kepimpinan YS YS Tuan Jainal @ Zainal.
Tahniah dan selamat bertugas YS Tuan!





