
Pada 14 Februari 2025 (Jumaat) telah diadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah oleh YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya Kota Kinabalu.
Kunjungan hormat ini adalah Kunjungan hormat pertama semenjak Tuan Jainal @ Zainal bin Madasin menyandang jawatan Pengarah JBPM Sabah pada 2 Disember 2024 yang lalu di mana beliau yang sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan.
Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi, PgKB I Muhammad Taqiuddin Victor bin Doon, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran PgKB I Ibnu Sahad bin Hj. Punggak dan Pegawai Perhubungan Awam, PKPgB Tc. Mohd Affendy bin K.Ramin.
Sekian.Terima Kasih.

