

11 Februari 2025, Kunjungan Hormat YS Pengarah, PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Yang Arif Puan Nahra Binti Dollah bertempat di Jabatan Peguam Negara, Negeri Sabah.
Antara perkara dibincangkan bersama adalah pengukuhan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 khususnya pelaksanaannya di negeri Sabah. Turut hadir bersama Pn. Dana Arabi Wazani, Timbalan Pendakwa Raya serta daripada Bomba, PgB Khairulazhar Bin A Rahman dan TPgB II Zainal Radsung @ John dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran.