
16 Disember 2024. YS PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Sabah bersama rombongan telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah di Wisma Kewangan, Jalan Tunku Abdul Rahman.
Kunjungan ini bagi mengukuhkan jalinan kerjasama Bomba Sabah dengan agensi kerajaan negeri sebagai pemudah cara dan sokongan berterusan terhadap usaha kerajaan merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan industri di negeri Sabah.

