16 Disember 2024. PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Sabah telah mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) bagi melihat sendiri pengoperasian PGO yang beroperasi 24 jam tanpa henti.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgB Kiniremmy Zikol, ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah. YS Pengarah telah diberikan taklimat ringkas terhadap persediaan PGO dalam menguruskan panggilan kecemasan yang diterima menerusi MERS dan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
YS juga turut berkongsi ilmu dan pengalaman dalam memperkasakan Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah. Terima kasih YS Tuan.