
26 Disember 2024. YS Pengarah Bomba Sabah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Datuk Jauteh Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
turut hadir bersama PPgB Lizalman bin Abu, Timbalan Pengarah Bomba Sabah, PgKB I Muhammad Taquiddin Victor Doon, PP Bahagian Operasi, PgKB I Ibnu Sahad Punggak, PP Bahagian Keselamatan Kebakaran, dan PgKB I Johari Dzulkiflie, PP Bahagian Penyiasatan Kebakaran.
Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan pertama YS PKPjB Jainal @ Zainal sejak dilantik sebagai Pengarah Bomba Sabah pada 2 Disember 2024 lalu.
Jalinan kerjasama sedia ada Polis dan Bomba akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

