6 Januari 2024. PPjB Lizalman Abu, Timbalan Pengarah Bomba Sabah meneruskan siri lawatan kerja pembangunan dan persediaan operasi balai sedia ada dan baharu.
Pada lawatan kali ini, lawatan diadakan ke Pejabat Zon Tawau, BBP Tawau, BBP Semporna, BBP Atas Air Semporna, BBP Kunak, BBP Lahad Datu, BBP Kinabatangan, BBP Beluran dan BBP Sandakan.
PPjB Lizalman turut melawat Unit Anjing Pengesan K9 di Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran. Di lawatan terakhir beliau berakhir di BBP Putatan yang merupakan balai baharu sahaja beroperasi pada 25 Julai 2024 yang lalu.
Objektif lawatan ini bagi mengenalpasti keperluan pembangunan di balai lama untuk tujuan perancangan pembangunan dan pembaikan serta keperluan balai baharu di Sabah.







