#HARISUKANNEGARA2022 #HSN2022
8 Oktober 2022 – Bersempena pelancaran Hari Sukan Negara yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Bomba Sabah turut tidak ketinggalan mengadakan pelbagai aktiviti sukan di peringkat ibu pejabat negeri dan balai bomba.
Pelbagai aktiviti sukan telah diadakan seperti bowling, bola tampar, badminton, ping pong, sepak takraw, joging dan sebagainya. YS Pengarah, Abdul Razak Muda sekali lagi mengekalkan kehebatannya dalam acara bowling dengan kemenangan tipis dengan pungutan mata 457 menewaskan pencabar terdekat PB Nazrin bin Mirhan dengan pungutan mata sebanyak 443.
Dikongsikan beberapa gambar sekitar aktiviti HSN 2022 Bomba Sabah.
Tahniah semua! Jom Sihat
#BOMBAJOMSIHAT #BOMBAMALAYSIA #SABAHMAJUJAYA











