6 Oktober 2022 – Pasukan Kadet Bomba Sabah yang terdiri daripada wakil pelajar sekolah-sekolah menengah di negeri Sabah telah berjaya merangkul Piala Juara Keseluruhan Cabaran Kokurikulum Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) .
Pasukan Sabah berjaya memperolehi keseluruhan 9 pingkat dengan jumlah pingkat emas tertinggi menewaskan negeri lain. Berikut senarai kejayaan diperolehi pasukan :-
1. Johan Kawad Kaki Lelaki
2. Johan Montaj Fire Drill Lelaki
3. Johan Inovasi Perempuan
4. Naib Johan Kawad Kaki Perempuan
5. Tempat ke-4 Aspec Lekaki (berkongsi markah bersama negeri Selangor di tempat ke-3)
6. Tempat Ke-4 Kawad Kaki Lelaki
7. Tempat ke-4 Kawad Kaki Perempuan
8. Tempat ke-5 Montaj Fire Drill Lelaki
9. Tempat ke-5 Ikatan dan Simpulan Perempuan
Bomba Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pelajar yang terlibat atas usaha, kesungguhan serta semangat jitu berpasukan sehingga berjaya membawa pulang Piala Kejuaraan cabaran ini.Bomba Sabah turut merakamkan penghargaan kepada Rakan Strategik Bomba Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Sabah , semua Pejabat Pelajaran Daerah, barisan Pengetua, Pentadbir dan guru sekolah-sekolah menengah di negeri Sabah yang sentiasa menyokong penuh cabaran ini sejak awal pelaksanaannya di peringkat daerah.
Terima kasih. Sabah Hebat!
We are Stronger Together ..