

11 – 13 Ogos 2022 : JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah melaksanakan Program Khidmat Bakti Bomba dan Kempen Keselamatan Kebakaran di Kg. Terian Penampang baru-baru ini. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos, acara perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementeriaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk M Noor Azman Taib. Datuk KSU berkata, pelaksanaan program anjuran JBPM itu sesungguhnya dedikasi serta semangat yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat membuktikan bahawa semua pihak peka dan mengambil berat terhadap masalah dan keperluan masyarakat pada masa ini.
Program berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR) ini turut melibatkan penyumbang dan kerjasama daripada Petronas, Petrosains, Hap Seng Land, Shareda, Adabi, CKS Supermarket, MIE, TCT Trading Sdn Bhd,MyFundAction, ST, YS, Nippon Paint telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 110 orang daripada pelbagai persatuan dan NGO. Agensi Kerajaan yang turut terlibat menjayakan program ini adalah PDRM, Majlis Daerah Penampang, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, SK Terian Penampang, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ( Pejabat Kesihatan Penampang), Klinik Kesihatan Terian, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM Sabah dan Jabatan Penerangan Sabah. Manakala persatuan / NGO yang turut sama menyertai dan membantu keperluan logistik / aktiviti adalah daripada Persatuan Pengakap Negeri Sabah, Gansau Hikers, dan Persatuan Pacuan 4×4 Tambunan, Keningau, Penampang.
Program selama tiga hari melaksanakan pelbagai aktiviti termasuklah program latihan bomba komuniti, ceramah keselamatan kebakaran, latihan pemadaman menggunakan alat pemadam api untuk penduduk kampung dan murid Sekolah Kebangsan (SK) Terian.
Turut diadakan pertandingan mewarna, aktiviti Persekutuan Pengakap Negeri, Petrosains dan praktikal penggunaan alat pemadam api kepada pasukan bomba komuniti SURI dan pelajar serta peserta hikers selain saringan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Kampung Terian.
Pihak bomba juga melaksanakan khidmat bakti membaikpulih kediaman salah seorang penduduk Ayon Manson dan astaka sekolah Kampung Terian, selain menyediakan fire point untuk keperluan penduduk kampung dan aktiviti masyarakat.
Di kesempatan ini, Jabatan Bomba ingin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Kampung dan penduduk Kampung Terian, Penampang atas kesudian menerima kunjungan dan seterusnya menyokong program ini dengan jayanya. Jabatan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi kerajaan, swasta, persatuan dan NGO terlibat dalam menjayakan program khidmat bakti ini. Semoga kerjasama erat ini dapat diperluaskan serta sampai ke masyarakat yang memerlukan bantuan khususnya di pendalaman. Terima kasih, Anda Semua Hebat!
saksikan video sepanjang program di pautan : https://www.youtube.com/watch?v=cgsFjXS42LY











