Balai Bomba dan Penyelamat Putatan, Balai Bomba ke-27 di negeri Sabah

452710492 912077530953226 1470905954993383443 n
452957829 912077630953216 4229310520557346418 n
452822850 912077197619926 120541548604312803 n

452950983 912077404286572 1849510201132282232 n

25 Julai 2024 – Balai Bomba dan Penyelamat Putatan telah dirasmikan oleh YB B Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menandakan beroperasi BBP Putatan pada 25 Julai 2024.

YB Menteri berkata, BBP Putatan merupakan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ke 27 di negeri Sabah dan Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan sambungan pembinaan balai membabitkan BBP Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, dan Merotai untuk tahun ini.

Katanya, kelulusan itu adalah salah satu inisiatif dalam Rancangan Malaysia ke-12, Rolling Plan keempat (RP4), yang mana sejumlah RM267.6 juta diluluskan bagi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merangkumi 17 projek baharu dan 47 projek sambungan seluruh Malaysia.

BBP Putatan ini adalah projek pembinaan yang dilaksanakan di atas tapak yang berkeluasan 1.756 ekar dengan kos keseluruhan sebanyak RM 11.72 juta. Ia juga adalah BBP kategori C yang dilengkapi dengan ruang jentera, pejabat pentadbiran, stor logistik, rumah pam, menara dan padang kawad serta kemudahan-kemudahan lain.

Kini dengan adanya balai bomba di Putatan ini, sudah pasti masa bertindak akan menjadi lebih singkat dan pasukan dapat sampai lebih cepat di lokasi kejadian bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk di sekitar kawasan ini

ms_MYMalay