5 Julai 2024, PPjB Ts Farhan Sufyan bin Borhan Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada
YBhg. PKPjB Kehormat, Datuk Ag Shahminan Bin Datuk Ag Sahari, Setiausha Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan Sabah, di Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri.
Kunjungan ini dibuat adalah bagi melaporkan perkembangan semasa yang melibatkan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah tentang isu-isu semasa yang berlaku serta pengoperasian Bomba di suruh negeri Sabah.
Turut hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Sabah, PgKB I Johari bin Dzulkifli dan PgKB II Henry Goliong dari Bahagian Keselamatan JBPM Sabah.