9 Jun 2023 – Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan seramai lima(5) tokoh yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti serta sokongan berterusan terhadap aktiviti kebombaan di peringkat negeri Sabah dan negara amnya.
Mendahului senarai penerima ;
1. YB Datuk Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah – Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat)
2. YBhg. Dato’ Makhzan Bin Mahyuddin, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sabah – Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat)
3. YBhg. Datuk Ag Shahminan Bin Datuk Ag Sahari, Setiausha Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan Sabah – Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
4. YBhg. Datuk Haji Mohd Rashid bin Dato’ Haji Mohd Tahir, Setiausaha Perhubungan Khas Kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah – Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan;
5. YBrs. Tuan Elvin Alrick Jilan, Setiausaha Sulit Kepada Ketua Menteri Sabah – Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat)
Seluruh warga jabatan mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Datuk SKN, Dato’ SUPS dan semua penerima Pangkat Kehormat yang telah membantu jabatan meningkatkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang.
Foto Kredit : Jabatan Penerangan Negeri Sabah






