Satu pemeriksaan Audit EKSA kali ke 2 telah diadakan dari 8 – 10 Mac 2023, bermula dari mesyuarat pembukaan dan Exit Conference dipengerusikan oleh PgKB I Nor Arifin Bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya. Pihak Auditor didatangkan khas dari JBPM Negeri Sembilan yang diketuai oleh PgB Mohamad Hafiz bin Ahmad Termizi, PPgB Muhammad Khairul Izzuan bin Othman , PPgB Mohd Zayyid bin Zakaria dan PPgB Norfaizal bin Ahmad.
Barisan Pasukan Audit dari JBPM Negeri Sembilan. YS Pengarah mempengerusikan Mesyuarat Penutupan Audit Bil 3/2023. Pegawai-pegawai kanan mendengar taklimat dari Barisan Audit.