Jawatankuasa Audit EKSA JBPM Putrajaya telah melaksanakan Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Siri 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya Bilangan 1/2023 pada 8 Mac hingga 10 Mac 2023.
Audit Dalaman EKSA tersebut yang terdiri daripada 2 pasukan juruaudit daripada JBPM Negeri Sembilan telah diketuai oleh PgB Mohamad Hafiz Bin Ahmad Termizi telah dijalankan ke 4 zon iaitu Zon Azalea, Zon Lavender, Zon Daisy dan Zon Iris.
PKPgB Nik Mohd Dzarrin Ghifari Bin Azmy sedang memberi penerangan EKSA di Zon Azalea Pasukan Audit sedang memeriksa Zon Azalea. Pasukan Audit melihat Sudut Pencapaian yang diletakkan di Zon Daisy. Ketua Zon Daisy sedang menerangkan aktiviti-aktiviti EKSA yang telah dijalankan di zon tersebut Pasukan Juruaudit merakamkan gambar kenangan di hadapan ruang contoh amalan baik EKSA Zon Daisy