Putrajaya – 8 Jun 2023 : Majlis Penutupan Audit MS ISO 9001 : 2015, Sistem Penarafan Bintang dan Audit ISO Anti Bribery Management System (ABMS) 37001:2016 JBPM Putrajaya

MAJLIS PENUTUPAN AUDIT MS ISO 9001 : 2015 & SISTEM PENARAFAN BINTANG DAN AUDIT ISO ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM(ABMS) 37001 : 2016 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT(JBPM) PUTRAJAYA 2023

Majlis penutupan Audit MS ISO 9001 : 2015 , SIistem penarafan Bintang dan ABMS 37001:2016 JBPM Putrajaya telah berlangsung bertempat di Bilik Mesyuarat Teratai. Para Audit yang di ketuai oleh PgKB II Muhammad Ahnaf bin Tarmidi telah membentangkan laporan ketidakpatuhan dalam mematuhi prosedur yang ditetapkan. Ia adalah satu mekanisme untuk mengukur dan mengkaji kelemahan- kelemahan yang perlu diperbaiki. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YS PgKB I Ashari bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya, turut hadir semua Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Balai, Ketua Cawangan dan Unit JBPM Putrajaya. Hasrat YS Pengarah kepada semua Bahagian dan Balai untuk meneruskan kecemerlangan yang ada ke tahap lebih gemilang pada tahun hadapan.Terima kasih kepada pegawai-pegawai audit yang telah memberikan teguran dan komen membina serta komitmen tinggi sepanjang audit di jalankan bermula dari 6 – 9 Jun 2023. Tahniah JBPM Putrajaya.

English EN Malay MS
Skip to content