JBPM Putrajaya 8 Jun 2023, Assalamualaikum Selamat sejahtera, Salam JBPM Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra, Salam Malaysia Madani
PROGRAM BUAL BICARA HARI BERSAMA PELANGGAN (HBP) 2023 SEMPENA MINGGU PELANGGAN ANJURAN JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL PUTRAJAYA(HPj)
YS PgKB I Ashari Bin JohariPengarah JBPM Putrajaya telah menghadiri Jemputan ke Program Hari Bersama Pelanggan Hospital Putrajaya. Di dalam majlis ini YS Pengarah JBPM Putrajaya sempat bersuai kenal bersama Menteri Kesihatan YB Dr Zaliha binti Mustafa dan Timbalan Pengarah HPj, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma serta pakar-pakar perubatan Hospital Putrajaya. Dalam pertemuan ringkas ini juga YS Pengarah sempat membincangkan beberapa perkara dan bertukar informasi , fokus kepada Basic Life Support dan Latihan Lanjutan Emergency Medical Rescue Services(EMRS)S dan Latihan Pengurusan Bencana di Putrajaya, disamping membincangkan kerjasama memperkukuhkan aktiviti-aktiviti berbentuk kebombaan dan juga aktiviti kecemasan bagi kedua-dua pihak sebagai agensi utama barisan hadapan. Hasil perbincangan ringkas ini dijangka akan dapat memberikan kemashalatan antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan warga Putrajaya.