Kursus : Kursus Pengukuhan Alat Pernafasan dan Menyelamat
Tarikh : 5 Mac hingga 7 Mac 2024 (3 Hari)
Tempat : BBP Presint 7
Tenaga Pengajar :
1. PPgB El Taraff Mohd Bin Zachariah
Pusat Gerakan Operasi
JBPM Negeri Kelantan
2. PBK I Che Mazlan Bin Mohammed
Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Bharu
Penyelaras : PKPgB Mohd Taha Bin Husain
Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dilaksanakan serta berjalan dengan lancar.Kebanyakan peserta kursus telah menunjukkan kesungguhan dan minat serta memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini diadakan. Selain itu, penganjuran kursus sebegini juga amat perlu bagi memastikan setiap anggota bomba yang menghadiri operasi kebakaran dan penyelamatan khususnya yang memerlukan penggunaan alat pernafasan dapat bekerja dengan profesional, cekap dan lebih berkesan.