Mesyuarat Penyelarasan Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk Wira Merah
Mesyuarat ini telah diadakan pada 15 Mac 2024 bersamaan 4 Ramadhan 1445, 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Bahagian Latihan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh PgB Mohd Afizi Bin Zolkifli telah dihadiri oleh semua Penolong Pengarah Bahagian, wakil Penolong Pengarah Bahagian dan Ketua-Ketua Balai kecuali Bahagian Pengurusan. Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan memperincikan tugasan yang akan dilaksanakan bagi memastikan program berjalan dengan lancar.