30 November 2022 (Rabu) – Lawatan sambil belajar Tadika Alam Ria Kids, Presint 10, Putrajaya ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 pada hari ini sungguh istimewa sekali dengan kehadiran YAS Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM. YAS KP sendiri singgah menyapa dan menyantuni anak-anak tadika ini sejurus selesai mempengerusikan sesi perbincangan submodul Sasaran Kerja Utama (SKU) MyPerformance Bil. 1 Tahun 2022 di Dewan Sutera, JBPM Putrajaya.
YAS KP singgah menyapa dan menyantuni kanak-kanak tadika. YAS KP melayani kanak-kanak tadika yang hadir di lawatan tersebut. YAS KP beramah mesra dengan kanak-kanak dari Tadika Alam Ria Kids. YAS KP bergambar kenangan bersama kanak-kanak Tadika Alam Ria Kids.