1 Disember 2022 (Khamis) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, dan tindakan awal menyelamatkan diri diadakan di Stesen Janakuasa Putrajaya (SJPJ) TNB Power Generation Sdn Bhd, Presint 11, Putrajaya. Seramai 50 orang kakitangan termasuk pekerja am, pegawai keselamatan & pekerja pembersihan terlibat dlm latihan ini yg diketui oleh TPgB Mohd Yaacob Bin Jusuh@ Yusoff (Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7), PKPgB Yuzaimie Bin Ahmad Kamil (Bahagian Operasi dan Penyelamat), PKPgB Lizawati Binti Mohd Nasir (Bahagian Keselamatan Kebakaran) dan pegawai lain-lain pangkat dan juga anggota dari Pasukan C, BBP Presint 7 yang diketuai oleh PBK II Ahmad Syahidi Rizal Bin Hj Hamidun.
Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 11.45 pagi.
Pasukan ERT dari TNB Power Generation Sdn Bhd bergegas bagi melakukan bantuan awal sebelum pasukan penyelamat sampai ke lokasi kejadian. Kerja kerja pemadaman dilakukan oleh pasukan bomba dan di bantu oleh pasukan ERT TNB Genaration Sdn Bhd. Kerja kerja penyelamatan yang dilakukan oleh pasukan bomba. Mangsa di bawa keluar daripada kawasan yang berisiko Pelbagai agensi turut terlibat di dalam latihan tersebut