LATIHAN PASUKAN PENYELAMAT DIA AIR (PPDA) JBPM PUTRAJAYA
Tarikh : 28 – 30/6/2022
Tempat : Pulau Pangkor Perak
Program : Cleaning Coral Reef and Sea
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah malaksanakan program Cleaning Coral Reef and Sea bertempat di Pulau Giam, Pangkor, Perak didalam latihan Pasukan Penyelamat di Air. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pegawai dan anggota jabatan berkaitan kepentingan pemuliharan dan penjagaan alam sekitar dan hidupan laut. Disamping itu ianya dapat membantu memulihara keindahan Taman Laut Negara. Program ini telah diketuai oleh PgB Mohd Afizi Bin Zulkifli, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Putrajaya.