LATIHAN BERSAMA PASUKAN PENYELAMAT DI AIR (PPDA) JBPM NEGERI PERAK DAN JBPM PUTRAJAYA
Tarikh : 28 – 30/6/2022
Tempat : Pulau Pangkor Perak
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah melaksanakan Latihan Bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bertempat di Pulau Pangkor, Perak. Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam mendepani operasi penyelamatan di air. Latihan yang diadakan selama 3 hari bermula dari 28/6 – 30/6/2022 ini telah dirasmikan oleh YS PKPjB Azmi Bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Perak. Turut hadir PgB Mohd Afizi Bin Zulkifli, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Putrajaya, Ketua Zon 3 Manjung dan pegawai-pegawai kanan jabatan. Latihan ini melibatkan keseluruhan peserta seramai 40 orang.