27 Mei 2023 (Sabtu) – BBP Presint 7 telah menerima kunjungan daripada staff Kelab Sukan dan Kebajikan, Kementerian Pembangunan Usahawan (KESUKMA) bersama keluarga sempena cuti persekolahan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti taklimat kerjaya Bomba, penggunaan Alat Pemadam Api, tindakan menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran, pengenalan peralatan & jentera Bomba, ‘fire truck ride’ dan aktiviti ‘Air Sahabat Bomba’.
PKPgB Lizawati memberi taklimat bersama PBK II Ahmad Syahidi. PBK II Ahmad Syahidi menerangkan cara penggunaan Alat Pemadam Api yang betul. Taklimat ringkas mengenai jentera bomba yang disampaikan oleh anggota bomba. Pameran motor RIM. Pengunjung dapat melihat bahagian enjin helikopter bomba. Berpeluang menaiki jentera bomba. Anggota bomba menunjukkan cara-cara memakai Breathing Apparatus PKPgB Lizawati sedang mengajar anak-anak mengenai tindakan menyelamatkan diri. Wajah ceria pengunjung yang berpeluang menaiki jentera bomba. Bergambar kenangan di JBPM Putrajaya. Kanak-kanak teruja dapat bermain air. Pengunjung diberi peluang mencuba sendiri cara anggota bomba menggunakan hose. Pengunjung seronok dapat bermain air. Bergambar kenangan di Engine Bay, BBP Presint 7.