27 Mei 2023 (Sabtu) – Kehadiran 3 orang anggota Pasukan Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari BBP Presint 7 bersama 3 unit RIM Model Kawasaki Versys 650 telah menggamit pengunjung untuk hadir ke reruai (booth) pameran JBPM Putrajaya sempena Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat WP Putrajaya 2023. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) WP Putrajaya telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Presiden Perbadanan Putrajaya telah berlangsung di perkarangan Kompleks Kejiranan Presint 9 dengan kehadiran ramai pengunjung dari dalam dan luar Putrajaya.
Anggota Pasukan Rapid Intervention Motorcycle (RIM). Anggota pasukan RIM memberi penerangan kepada pengunjung mengenai pasukan RIM. 3 unit RIM Model Kawasaki Versys 650 telah menggamit pengunjung untuk hadir ke reruai (booth) pameran JBPM Putrajaya. Anggota pasukan RIM memberi penerangan kepada pengunjung mengenai pasukan RIM. Pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar motor RIM.