27 Jun 2023 (Selasa) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Pembinaan Mitrajaya 7MD7 Presint 7, Putrajaya. Seramai 466 orang penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain dan Anggota dari Pasukan B BBP Presint 7 yang diketuai oleh PBK II Wan Mohd Zamani Bin Wan Mohd Ramli .
Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 10.32pagi.
Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain dan Anggota dari BBP Presint 7.