Putrajaya – 3 Ogos (Rabu) 2022 Pihak MBSB Bank Berhad Putrajaya yang diwakili oleh En Zain Hazaz bin Abdul Rahman membuat kunjungan hormat ke atas YS PgKB I Nor Arifin bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya, kedua-dua pihak telah membincangkan perkara-perkara berkaitan kaedah penyelesaian pengurusan kewangan yang mana boleh membantu pegawai-pegawai bomba dan bekerjasama dalam meningkatkan kolobrasi tanggungjawab sosial korporat(CSR) antara kedua-dua pihak. Turut hadir dalam sesi perbincangan adalah PgKB II Henry Goliong dan TPgB II Azalin Samdin.