Kursus Government Integrated Radio Network (GIRN) End User Training (EUT) – Advanced JBPM-PGO Putrajaya telah diadakan pada 2-3 Ogos 2022 bertempat di Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya dan dihadiri oleh 24 orang anggota balai. Kursus ini telah dikendalikan oleh pihak SAPURA iaitu Encik Azron Fadzrul Hisyam Bin Ab Aziz, Encik Hashim Bin Mohamad dan Encik Wan Aziz Bin Wan Nasir. Tujuan kursus diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada cara dan kaedah pengoperasian menggunakan GIRN.