Jumaat, 31/12/2021 -Bertempat di BBP Presint 14, JBPM Putrajaya telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Selamat memohon keberkatan, kesejahteraan dan kesyukuran kepada warga JBPM khususnya JBPM Putrajaya sepanjang memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan serta khidmat kemanusiaan yg telah dilaksanakan sepanjang 2021, disamping menghadapi tahun 2022 yg akan datang. Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Selamat ini telah dipimpin oleh Ketua Unit Hal Ehwal Agama dan Kebajikan JBPM. Hadir sama pada majlis ini adalah YS Pengarah JBPM Putrajaya, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Balai, Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Unit dan anggota-anggota Balai Presint 14 dan Presint 7 serta kakitangan gunasama JBPM Putrajaya. Moga doa restu dari seluruh yg hadir mampu memberikan sinergi dan keberkatan kepada JBPM Putrajaya bagi tahun 2022.