Isnin, 27/12/2021 – Satu upacara ringkas penyampaian cek Persatuan Kebajikan JBPM kepada ahli persatuan kebajikan PB Halim Sidqi bin Mohd Yusoff, bantuan akibat kemalangan motorsikal semasa perjalanan ke tempat kerja, cek telah disampaikan oleh YS Pengarah JBPM Putrajaya PgKB I Nor Arifin bin Kamari di pejabat beliau, turut hadir sama adalah Setiausaha Perhubungan Putrajaya PgKB II Ali bin Mohamad dan Bendahari Agung Persatuan Kebajikan JBPM TPgB II Azalin bin Samdin. Melalui inisiatif ini diharapkan dapat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan dan mampu meningkatkan lagi keahlian dikalangan pegawai dan anggota JBPM khususnya JBPM Putrajaya.