Putrajaya – 25 November 2022 : Sambutan Hari Integriti

25 November 2022 (Jumaat) Putrajaya
Sambutan Hari Integriti telah berlangsung di Dewan Sutera JBPM Putrajaya, dianjurkan oleh Unit Integriti JBPM yang bertemakan “Integriti Pemangkin Kecemerlangan”, Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAS Dato Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM. Pada majlis tersebut YAS Ketua Pengarah JBPM  dengan bangganya telah menganugerahkan JBPM Putrajaya penarafan 5 Bintang bagi Pematuhan dan Pembudayaan Amalan Integriti dan Akauntabiliti Dalam Tadbir Urus Jabatan bagi Tahun 2021 – 2022. YS Pengarah JBPM Putrajaya telah menerima Anugerah tersebut bagi mewakili seluruh warga kerja JBPM Putrajaya. Tahniah YS Pengarah dan seluruh warga kerja JBPM Putrajaya.

English EN Malay MS
Skip to content