25 November 2022 (Jumaat)/ 9.00 malam – Latihan Pengungsian Bangunan & Penggunaan Alat Pemadam Api serta tindakan menyelamatkan diri di Asrama Lelaki dan Asrama Perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya Presint 11. Seramai hampir 700 orang pelajar termasuk warden asrama telah terlibat di dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha bin Husain dan PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir bersama pasukan A, BBP Presint 7.
Murid-murid dari Asrama Perempuan sedang berkumpul di Tapak Berkumpul selepas loceng kecemasan dibunyikan. Murid-murid dari Asrama Lelaki sedang berkumpul di Tapak Berkumpul selepas loceng kecemasan dibunyikan. Anggota-anggota bomba tiba di lokasi setelah menerima panggilan latihan kebakaran. Anggota bomba sedang menunjukkan cara penggunaan alat pemadam api. Murid-murid didedahkan dengan teknik pemadaman api yang betul.