25 November 2022 (Jumaat) Putrajaya
Sambutan Hari Integriti telah berlangsung di Dewan Sutera JBPM Putrajaya, dianjurkan oleh Unit Integriti JBPM yang bertemakan “Integriti Pemangkin Kecemerlangan”, Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAS Dato Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM. Pada majlis tersebut YAS Ketua Pengarah JBPM dengan bangganya telah menganugerahkan JBPM Putrajaya penarafan 5 Bintang bagi Pematuhan dan Pembudayaan Amalan Integriti dan Akauntabiliti Dalam Tadbir Urus Jabatan bagi Tahun 2021 – 2022. YS Pengarah JBPM Putrajaya telah menerima Anugerah tersebut bagi mewakili seluruh warga kerja JBPM Putrajaya. Tahniah YS Pengarah dan seluruh warga kerja JBPM Putrajaya.
YS Pengarah JBPM Putrajaya naik ke pentas untuk menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang. YAS Ketua Pengarah JBPM menganugerahkan JBPM Putrajaya penarafan 5 Bintang. Sijil Pengiktirafan Penilaian Penarafan Bintang Pematuhan dan Pembudayaan Amalan Integriti dan Akauntabiliti Dalam Tadbir Urus Jabatan JBPM yang diberikan kepada JBPM Putrajaya.