Khamis, 23/12/2021 – JBPM Putrajaya mengambil inisiatif melaksanakan program kebajikan menyampaikan sumbangan kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 yang terjejas akibat banjir. Sumbangan yang berupa barang keperluan sepaerti Bantal, ToTo dan Selimut telah disampaikan oleh isteri kepada YS Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Puan Batiyah Binti Bakar kepada anggota berkaitan di rumah masing-masing. Turut mengiringi program ini adalah YS Pengarah JBPM Putrajaya PgKB I Nor Arifin bin Kamari bersama pegawai-pegawai kanan JBPM Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada Puan Batiyah Binti Bakar yang sudi menyantuni mereka-mereka yang terjejas, moga program seumpama ini dapat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Sekian, terima kasih.