Sabtu, 25/12/2021- JBPM Putrajaya bersama-sama seluruh Bahagian Ibu Pejabat JBPM mengambil inisiatif melaksanakan program Jiwa Murni Skuad Kebajikan Bomba dengan memberikan bantuan khidmat pembersihan kepada mangsa banjir terutamanya pegawai bomba dan kakitangan gunasama yg terjejas akibat banjir bermula pada 16 Disember yg lalu. Didalam Program ini Skuad Kebajikan Bomba yang diketuai oleh TPjB Ahmad Izram bin Osman merangkap YDP Persatuan Kebajikan JBPM telah melancarkan program ini di perkarangan Ibu Pejabat JBPM dengan keanggotaan sukarelawan seramai 100 peserta, skuad ini telah di bahagikan kepada 2 kumpulan meliputi kawasan Dengkil dan Bukit Changgang. YAS Dato Sri Ketua Pengarah JBPM dan Isteri juga berbesar hati untuk turun bersama-sama menyertai dan menyantuni pegawai-pegawai dan kakitangan yang terjejas akibat banjir, turut sama di dalam program ini adalah YS Pengarah-pengarah Bahagian JBPM dan YS Pengarah JBPM Putrajaya PgKB I Nor Arifin bin Kamari bersama pegawai-pegawai kanan JBPM Putrajaya. Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang sudi menyumbangkan tenaga dan masa membantu mereka-mereka yang terjejas, moga program seumpama ini dapat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Sekian, terima kasih.