Putrajaya – 22 Februari 2023 : Latihan kebakaran di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya

22 Februari 2023 (Rabu) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya. Seramai 83 orang penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Bahagian Latihan) dan 4 orang Pegawai Pemerhati dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7.

Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 9.56 pagi.

Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Bahagian Latihan) dan Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat, Presint 7.

ms_MYMalay