27 Februari 2023- PERHIMPUNAN BULANAN DAN CERAMAH INTEGRITI
Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Februari 2023 dan Ceramah Integriti JBPM Putrajaya yang telah di hoskan oleh Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya, program diadakan bertempat di Dewan Sutera JBPM Putrajaya. Dalam program ini ceramah Integriti telah di sampaikan oleh Tn Hj Mohamed Rizal Bin Muhd Tayab Pegawai Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) dan serentak itu juga Ikrar Integriti telah dibacakan oleh PgB Mohd Afizi bin Zolkifli dan selepas itu diadakan majlis Jasa Mu Di Kenang bagi meraikan pertukaran YM Raja Shahidi bin Raja Saharuddin Penolong Pengarah Pengurusan JBPM Putrajaya ke Kementerian Pendidikan Malaysia dan beliau telah digantikan oleh Puan Puteri Noor Syazwani binti Abu Sufian , Majlis ini telah diraikan oleh YS PgKB I Nor Arifin bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya dan turut hadir Timbalan Pengarah , Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Balai dan semua pegawai-pegawai dan kakitangan JBPM Putrajaya.
YS Pengarah mengiringi Haji Mohd Rizal Muhd Tayab dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah masuk ke Dewan Sutera. Pegawai dan anggota yang hadir pada majlis tersebut. Bacaan doa oleh PBK II (KUP) Mohd Ayub Bin Wahab dari Bahagian Keselamatan Kebakaran. Ceramah Integriti yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rizal. YS Pengarah dan pegawai-pegawai sedang mendengar ceramah yang disampaikan. YS Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Haji Mohd Rizal sebagai tanda kenangan. Bacaan Ikrar Akauntabiliti dan Integriti yang disampaikan oleh PgB Mohd Afizi Bin Zolkifli, Penolong Pengarah Operasi Negeri. Pegawai-pegawai dan anggota membaca Ikrar Akauntabiliti dan Integriti. Pegawai-pegawai dan anggota membaca Ikrar Akauntabiliti dan Integriti. Bergambar kenangan bersama Tuan Haji Mohd Rizal. Bergambar kenangan bersama Tuan Haji Mohd Rizal. Ucapan dari YS Pengarah JBPM Putrajaya, Nor Arifin bin Kamari. Ucapan perpisahan dari Encik Raja Shahidi bin Raja Shaharudin. Puan Puteri Syzawani memperkenalkan diri dan akan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah Pengurusan. Sesi suai kenal pegawai baru Mohd Zakwan yang menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Bahagian Kejuruteraan. YS Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Encik Raja. YS Pengarah menyampaikan cenderahati dari Bahagian Pengurusan kepada Encik Raja.