12 Disember 2022 (Selasa) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Bangunan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kompleks E, Blok E4/5, Presint 1, Putrajaya. Seramai 600 orang penghuni termasuk murid pendidikan khas, guru, pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PPgB Dianty Bin Husain (Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14) dan Anggota dari Pasukan , BBP Presint 7 dan BBP Presint 14 yg diketuai oleh PBK II Ahmad Syahidi Rizal Bin Hj Hamidun dan PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof.
Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 11.37 pagi.
Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PPgB Dianty Bin Husain (Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14) bersama 2 anggota.
Pegawai sedang memeriksa bilik kawalan. Semua penghuni turun ke tempat berkumpul selepas siren kecemasan dibunyikan. Pegawai bomba sedang bertindak untuk menyelamatkan mangsa dari tingkat tiga. Pegawai bomba menyelamatkan mangsa menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) Pandangan situasi insiden dari aras bawah Mangsa berjaya di bawa turun dari aras tiga dengan selamat.