*TAKLIMAT KESELAMATAN DAN DEMONSTRASI PEMADAMAN KEBAKARAN API DAPUR BAGI PENGUSAHA MASAKAN PANAS SEMPENA PENGANJURAN KUD@PUTRAJAYA TAHUN 2023*
Tarikh : 21 November 2023
Lokasi : Anjung Floria, Putrajaya
JBPM Putrajaya telah menerima jemputan dari Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) untuk memberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Demontrasi Pemadaman Kebakaran Api Dapur sempena Penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya Tahun 2023 yang akan berlangsung bermula 22 sehingga 26 November 2023.Kumpulan sasaran untuk taklimat berkenaan adalah kepada semua Pengusaha Masakan Panas, Reruai Citarasa Desa KUD@Putrajaya Tahun 2023.Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Demontrasi Pemadaman Kebakaran Api Dapur tersebut telah dilaksanakan oleh PKPgB Lizawati Binti Mohd Nasir bersama PKPgB Yuzaimie Bin Ahmad Kamil dibantu oleh Pegawai dari BBP Presint 7.