Putrajaya – 14 Mac 2023 : Latihan kebakaran di Kementerian Dalam Negeri (KDN)

14 Mac 2023 (Selasa) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Parcel D. Seramai 1619 penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat di dalam latihan ini.

Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14, Putrajaya dan di bantu oleh BBP Presint 7 sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 1005 pagi.

Latihan ini dikendalikan oleh PKPgB Nik Mohd Dzarrin Ghifari (Pusat Gerakan Operasi Jabatan) dan 2 orang Pegawai Pemerhati dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya.

English EN Malay MS
Skip to content