2 November 2022 (Rabu) – Seramai 30 orang anak-anak taska dan 5 orang guru pengiring telah hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya sempena lawatan sambil belajar dari Taska Warisan De’ Qaseh, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Presint 4, Putrajaya. Antara aktiviti yang diadakan ialah mengenali api jahat atau api baik, tindakan menyelamatkan diri (menjerit meminta pertolongan, merangkak dan stop, drop & roll), penggunaan alat pemadam api, talian kecemasan 999, menaiki jentera Bomba dan menyalur air menggunakan hose reel. Lawatan telah dikendalikan oleh PBK II Khairel Azman bin Not bersama anggota pasukan B yang bertugas.
Anggota bomba menerangkan peralatan-peralatan yang ada di dalam jentera bomba. Guru sedang mencuba mengangkat hose reel. Kanak-kanak mencuba pakaian kelab 3K. Kanak-kanak dari Taska Warisan De’ Qaseh tidak melepaskan peluang bergambar selepas memakai pakaian Kelab 3K.