02 NOVEMBER 2022 ( RABU )
JBPM Putrajaya – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah menganjurkan Majlis Kesiapsiagaan Bencana & Monsun Timur Laut (MTL) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Turut hadir dalam majlis ini adalah YDH ACP A.Asmadi bin Hj Abdul Aziz – Ketua Polis Daerah Putrajaya, Tuan Nik Shukri Bin Nik Soh Naib – Presiden Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya, Dr Hazfaneza Binti Ab Halim – Ketua Pegawai Perubatan Daerah Putrajaya serta Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota JBPM Putrajaya.
Majlis yang dianjurkan juga mendapat kerjasama dari PDRM, Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Perbadanan Putrajaya dan Kelab Tasik Putrajaya.
Majlis ini merupakan inisiatif latihan kesiapsiagaan yang mengumpulkan agensi-agensi penyelamat dan seterusnya bersama menyelaras perancangan tindakan operasi semasa Monsun Timur Laut (MTL). Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan dan membentuk kolaborasi serta kordinasi antara agensi-agensi penyelamat dalam pengurusan bencana di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sekian, terima kasih.
Ketibaan YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya yang disambut oleh YS Pengarah dan Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya. Suasana majlis yang turut dihadiri oleh YDH ACP A.Asmadi bin Hj Abdul Aziz – Ketua Polis Daerah Putrajaya dan Tuan Nik Shukri Bin Nik Soh Naib – Presiden Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya . Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud. Lintas langsung bot-bot agensi penyelamat yang didahului oleh JBPM Putrajaya. Demonstrasi menyelamatkan mangsa banjir dan menyelamat mangsa yang terjatuh ke dalam air. Demonstrasi mengapungkan kenderaan oleh JBPM Putrajaya. Gimik pelancaran Majlis Kesiapsiagaan Bencana & Monsun Timur Laut (MTL). Penyampaian cenderamata dari YS Pengarah JBPM Putrajaya. Bergambar kenangan bersama YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya.