Putrajaya 18 Oktober 2022 (Selasa) – Satu Mesyuarat Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana & Monsun Timur Laut (MTL) telah berlangsung bertempat di Bilik Teratai JBPM Putrajaya. Mesyuarat membincangkan fungsi dan koordinasi antara agensi yang terlibat dalam majlis pelancaran ini yang dijangka akan di rasmikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ). Agensi yang hadir terdiri daripada PDRM, MARIN POLIS, PERBADANAN PUTRAJAYA, TASIK PUTRAJAYA dan ANGKATAN PERTAHANAN AWAM.
PDRM, Marin Polis, Perbadanan Putrajaya, Tasik Putrajaya dan Angkatan Pertahanan Awam menghadiri mesyuarat Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana & Monsun Timur Laut (MTL). Timbalan Pengarah, PgKB II Henry Goliong mempengerusikan mesyuarat tersebut. Ahli mesyuarat bergambar di depan lobi JBPM Putrajaya.