Pada 13 Oktober 2022 bertempat di Bilik Anjung Ilmu JBPM Putrajaya telah diadakan latihan kesiapsiagaan Disaster Table Top Exercise 2022 Peringkat JBPM Putrajaya. Objektif latihamal ini diadakan adalah bertujuan untuk menguji kemahiran anggota dan pegawai dalam menangani suatu insiden menggunakan ICS, menguji perancangan dan strategi didalam menghadapi permasalahan sepanjang operasi dijalankan dan menilai sesuatu perancangan dan strategi operasi berdasarkan skala operasi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Negeri.
Sesi taklimat berkenaan latihan kesiapsiagaan Disaster Table Top Exercise oleh urusetia latihamal. Urusetia dan Peserta sedang berbincang mengenai strategi perancangan operasi. Perbincangan berkaitan perancangan operasi melibatkan Incident Commander (IC) dan Pasukan. Peserta sedang merangka strategi operasi berdasarkan kepada senario insiden yang diberikan. Peserta sedang merancang strategi operasi berdasarkan kepada senario insiden yang diberikan. Peserta sedang mengemaskini kronologi insiden yang diberikan. Incident Commander (IC) sedang memberikan penerangan berkaitan operasi yang sedang dijalankan kepada YS Pengarah. YS Pengarah sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh Incident Commander (IC). Sesi perkongsian ilmu daripada YS Pengarah kepada peserta latihamal. Sesi bergambar peserta latihamal bersama YS Pengarah. Latihamal Disaster Table Top Exercise 2022 Peringkat JBPM Putrajaya berjaya dilaksanakan.