PERBINCANGAN KHIDMAT TEKNIKAL LANSKAP YS PENGARAH JBPM PUTRAJAYA BERSAMA PEGAWAI JABATAN LANSKAP NEGARA
YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya telah dikunjungi oleh En Muhammad Safeer b Rosli JA44, En Adlan bin Zariman JA41, En Sazuan Afifi b Nawi JA29 dari Jabatan Lanskap Negara(JLN). Pertemuan telah berlangsung di Bilik Teratai JBPM Putrajaya. Di dalam pertemuan ini YS Pengarah JBPM Putrajaya bersama pegawai JLN telah membincangkan beberapa perkara berkaitan keindahan dan keceriaan kawasan JBPM Putrajaya. YS Pengarah juga telah diberikan informasi berkaitan tanaman pokok dan tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dijadikan kawasan lanskap bagi mengindahkan kawasan cerun berdekatan Dataran Frontliners serta menambahkan keceriaan di persekitran kawasan pentadbiran JBPM Putrajaya. Turut hadir di dalam pertemuan ini adalah Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Ketua Balai Presint 7, Wakil Ketua Balai Presint 14 dan Ketua Pegawai Perhubungan JBPM Putrajaya.