LAWATAN KERJA YS PENGARAH JBPM PUTRAJAYA KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH PUTRAJAYA
YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari, Pengarah JBPM Putrajaya telah membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Pertemuan telah berlangsung di Bilik Ketua Polis Daerah IPD Putrajaya. Di dalam pertemuan ini YS Pengarah JBPM Putrajaya bersama Ketua Polis Daerah Putrajaya telah membincangkan beberapa perkara dan bertukar informasi, fokus kepada Standard Operation Procedure (SOP) bencana banjir, Kajian Nilai Risiko dari aspek Keselamatan Kebakaran dan Bencana di Putrajaya, disamping membincangkan kerjasama memperkukuhkan aktiviti-aktiviti berbentuk kebombaan dan juga aktiviti kepolisan bagi kedua-dua pihak sebagai agensi utama barisan hadapan. Hasil perbincangan ini dijangka akan dapat memberikan kemashalatan antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan warga Putrajaya. Turut hadir di dalam pertemuan ini adalah Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan Ketua Pegawai Perhubungan JBPM Putrajaya.