PUTRAJAYA : 16 September 2023 (Sabtu)
Ekspedisi Kayak Berkumpulan Institut Pendidikan Guru bersempena Sambuatan Bulan Kebangsaan dan Pembentukan Hari Malaysia telah berlangsung bermula dari 13 – 16 September 2023 bertempat di Sisiran Floria Tasik Putrajaya. Peserta-Peserta berkayak selama 69 jam di sekitar Tasik Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya terlibat secara langsung sebagai pasukan sedia tunggu keselamatan di dalam ekspedisi ini. Pada upacara penutup Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia telah sudi menyempurnakan majlis penutupan serta menyaksikan pengesahan oleh wakil dari pihak Malaysia Book Of Record Longest Non Stop Merdeka Kayaking Team Relay kepada peserta yang mengambil bahagian. YS PgKB I Ashari Bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya turut hadir bersama tetamu jemputan dari Perbadanan Putrajaya, PutraKop, Marine Police dan Pihak Rekreasi Sisiran Floria menyaksikan upacara bersejarah ini .