PUTRAJAYA : 18 September 2023 (Isnin)
*LAWATAN WARGA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, PUTRAJAYA*
Pada 18 September 2023 jam 0930 pagi telah berlangsungnya satu lawatan daripada warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya bertempat di BBP Presint 7. Lawatan tersebut diketuai oleh En. Khairul Azman Banian Abdullah (Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan) dan 19 Pegawai dari lain lain turut serta di dalam lawatan tersebut.Lawatan ini diadakan bertujuan untuk perkongsian ilmu berhubung dengan tadbir urus aktiviti kreativiti dan inovasi (KIK) yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Turut menjayakan lawatan ini PgB Mohd Afizi Bin Zolkifli (Penolong Pengarah Bahagian Operasi (PPON)), Pegawai dari Bahagian Latihan, PgKB Mohd Taha Bin Husain, Ketua Balai BBP Presint 14 PPgB Dianty Binti Hussain dan anggota balai dari BBP Presint 7 dan BBP Presint 14.